dia cukup pasti tarikhnya.hari sedunia meraikan keperwiraan saint valetine menulis surat cinta yang pertama semasa sedang berperang melawan naga sakti berapi berkepak tembaga bersaiz 29 inci.
dia masih ingat lagi,bangkit dari tidur,dia keluar dari biliknya.sunyi sepi.dia keluar dari blok kediamannya.sunyi sepi.semua telah keluar meraikan hari itu.dia menggeleng kepala.lambert dan butler dicapai.dinyalakannya sebatang,geleng kepala lagik.
dam,dum,dam,dam,ding,warghhh!!.masa tu dia tengah gila dengan halwa bingit dari band cold --- goodbye cruel world.menjerit-jerit dia sambil memastikan setiap inci pelusuk badannya basah ditemani dengan haruman strawberry bodyshop.
seluar khakis berwarna hijau lusuh disarungkan.baju kemeja fred perry yang baru dibeli dikedai bundle disarungkan.sweater biohazard dibeli di hitman disarungkan.beanies kegemaran syuhada disarungkan.eh mana kasut converse satu hitam satu putih diletakkannya?.oh,dalam stor rupanya!.keluar.masih sunyi sepi.geleng kepala lagik.
jeritan suara scooter ward makin kuat ditelinganya setelah dipindahkan dari radio besau ke discman.dia melangkah perlahan.menyusuri kawasan kediamannya.sunyi sepi lagik.kali ini dia tidak mengelengkan kepala.hanya menghangguk kepala melayan rentak.
melongo dia ditepi tembok.menanti kenaikkannya tiba.dulu mula-mula sampai tambangnya baru 55 sen,sekarang sudah naik kepada 75 sen.cepat betul masa berlalu.dia menanti kenaikan yang berkembar dua ke atas.suka benar dia duduk dibahagian atas.boleh tengok bumbung rumah orang pikirnya.
sedar tak sedar,dia sudah berada di pekan newport.oh,ramainya umat!.masing-masing sibuk berpasangan sambil memegang bunga,coklat dan bahan-bahan lain yang berwarna merah hati,jambu,darah dan warna kelabu taik anjing.dia geleng kepala.
hatinya terdetik,adakah takdirnya sememangnya tidak dapat memastikan takdirnya untuk menepati takdir?.entahlah,dia mengeluh perlahan.
cuaca cerah yang dingin menyebabkan hatinya semakin membeku.pergi mampus dengan itu semua!.dia mendengus tiba-tiba.
langkahnya terhenti,matanya merenung tepat ke dalam kedai yang baru dilaluinya.naluri kelakiannya tersentak.adakah ini yang dicari selamanya.
tubuh montoknya serta pinggul yang besar mencairkan hatinya.lehernya yang jinjang menaikkan nafsu remajanya.ditambah pula dengan warna merah yang dipakai menyebabkan berahi kejantanannya berpeluh dingin.
aku mesti dapatkannya!.getus hati kecilnya.dia melangkah masuk ke dalam kedai itu.idaman hati masih lagik disitu.tegak berdiri,dia memandangnya.cuba tersenyum.sebentar sayang,abang akan datang kejap lagik.
berapa?
250 saja mate!
alah,mahal giler sangat!
tangan kiri punya mate!
200,nak amik,tak nak...errrr
ok,ok bolehlah tambah 10 untuk beg dia.
setuju!.
dia keluar dari kedai itu.tersenyum puas,idaman hati telah berjaya dipeluknya.hatinya berbunga riang.tak sia-sia hari ini untuknya.
dia memandang kepada idaman hatinya.
selamat hari valentine!.
Gitar SG series by Gibson berwarna merah dipeluknya semakin kuat.dia melangkah pulang,tersenyum puas.
hatinya menjerit,yahoooo,aku dah beli gitar karen oiii!!!!!.
let it be ayobkelubi
at 1:28 PM