« January 2005 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
 
 

Entries by Topic
All topics  «




Pelawat
Free Counters

terselit dan berbelit
Wednesday, 5 January 2005
harapan di ulu banat.

dulu masa mula-mula sekali aku masuk berkerja dengan dunia ini,aku amat gembira malahan lebih teruja kerana membayangkan betapa banyaknya pengalaman yang boleh aku kutip dari mereka-mereka yang dipanggil sifoo.

tempat pertama,aku di utara,oh,kenangan disitu memang manis dan hebat!.macam-macam aku pelajari dan aku tak kisah dimarahi ataupun disindir oleh mereka.janji ilmu yang tak ternilai aku perolehi.

tempat kedua,aku di bandaraya anggerik!.masa ni,aku dah boleh berdiri dengan sedikit gagah,bukan nak riakler tapi kepercayaan yang diberi membuatkan aku semangat tapi dalam masa yang sama situasi kerja amatlah menyakitkan hati. aku jadi semakin tidak bersemangat,jadik semakin malas tapi aku kena buat apa yang patut kalau tidak tunggang-terbalik jadiknya.ini bukan nak bangga tapi itulah kenyataannya.perasaan aku bercampur baur.aku rindukan tempat aku di utara.lama-kelamaan aku berjaya menyesuaikan diri cuma bila aku berpindah ke tempat ketiga.nama aku busuk sekali di tempat kedua,damn!.

sekarang di tempat ketiga,ulu banat aku bagik nama.aku kembali ke asal aku.aku kembali menjadi anak murid yang bodoh.aku kena bukak buku balik tentang segala-galanya.biarlah apa orang nak kata.janji aku mendapat kepuasan yang aku rindukan selama ini.kepuasan kerja sebagaimana aku di utara.

apa yang aku impikan selama ini sudah hampir tercapai.harap-harap aku mampu membawnya dan tidak memalukan aku.semoga ianya terus menjadi satu pelantar untuk aku makan planta,eh silap....untuk aku terus menjadi apa yang aku inginkan selama ini.amin!.

aku teringat lawak bangsat yang aku buat 4 tahun dulu kepada kawan-kawan aku yang senasib dengan aku sekarang ni.

"hek eleh,belajar jauh-jauh jaga libary jek?.apa barang?".

korang.kita sekapal sekarang ni!.hahahaha.wish me luck guys!.


let it be ayobkelubi at 11:35 AM

Monday, 17 January 2005 - 6:07 AM

Name: petit
Home Page: http://petz_rizal.blogspot.com

Ermmm....janji ko mendapat kepuasan bekerja. Yang lain2 tu jgn dihiraukan...

View Latest Entries